CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

- MESTI CLICK-->KITA SAMA2 UNTUNG

Isnin, 11 April 2011

::SEGMEN 1 HARI 1 BLOGGER THE FACEBLOG::

...ASSALAMUALAIKUM...

-:nama:-
nama sebenar ARSUSHIELA AYU BINTI ARSHAD
tp dekat faceblog guna nama ELLA SECRET

-:nama blog:-
CREAMER LOVER'S
nama tu datang dgn bersebab. saya ada housemate yg suka makan creamer. kalau tak tahu apa tu creamer, creamer adalah sejenis serbuk yg kelihatan seperti susu tepung dan selalu dicampur ke dalam coffee. contohnya, COFFEE MATE. nak dijadikan cerita, sebab suka makan creamer mestilah ada stok creamer kan??? kami nie student lagi, jadi bajet kenalah pandai atur. nak beli creamer tu kadang-kadang tengok bajetlah juga. jadi untuk menjimatkan kos, housemate saya tu bagi idea yang sangat baik. dalam kes nie saya secara tidak langsung turut sama-sama menjadi penggemar creamer. nak try tak berjimat tapi ada banyak stok creamer??? tapi ini rahsia. demi FACEBLOG, saya pecahkan rahsia sikitlah. korang mesti suka makan mcD kan??? kita pergi mcD nak makan DOUBLE CHEESE BURGER, kita bayarkan? jadi, apalah salahnya kalau kita ambik sedikit creamer yg diletak dekat tempat sos tu. lagi pun dah bayarkan...hehehehe.....dah jadi habit benda nie, makan mcD jerk mesti percuma creamer. sampai kawan sama tempat study hairan tgk saya ambik creamer banyak-banyak. keesokan hari nya bila jumpa, dia sampai panggil saya creamer. di situlah datangnya nama CREAMER LOVER'S tu.....

-:cerita tentang blog saya:-
blog saya nie berkisar tentang kehidupan saya. kadang-kadang kalau dah stress tu, bloglah jd peneman sejati sebagai tempat meluah. video-video kegemaran pun saya kongsikan di dalam blog saya ini. pendek cerita, blog saya nie, boleh jd diary harian saya dan mp4 online saya....hahahahahaha

-:tujuan blogging:-
saya nak berkongsi cerita dgn kawan-kawan.
lama dah saya berminat dgn arena blog nie. kununnya nak jadi macam Lydia Ibtisam dalam cerita IMPIAN ILYANA tulah. tapi waktu tu, saya belum tahu macam mana nak buat blog. so sabar jerk lah. sampailah satu ketika, ada seorang kawan saya tu dah ada blog. saya pun nak juga lah....dan akhirnya, terciptalah blog ini.

-:harapan untuk blog saya:-
kadang-kadang saya jeles tengok follower orang lebih banyak.
saya pun nak followers ramai macam cik FATIN LIYANA tu.
tapi saya sedar diri, saya nie boleh kira blogger baru juga. lagi pun penulisan saya masih banyak yang perlu diperbaiki lagi.

-:pesanan kepada blogger lain:-
wah! rasa macam famous nie nak bagi pesanan dengan blogger lain.
kita blogging nie, ada batasnya. kita sekadar berkongsi apa yang perlu dikongsi sahaja. banyak hati pembaca blog kita yang perlu dijaga (wah! macam ramai pula org yang baca blog nie kan??? hahahaha...impian boleh jadi kenyataan)......paling penting sekali, jangan lupa follow blog saya. tinggalkan link blog anda sekali, so saya boleh follow balik. kita boleh kenal-kenal.

TOINGGGGGG!!!!!!

Tiada ulasan: